ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Hiburan

Pelakon ‘Breaking Bad’ Giancarlo Esposito Memeluk Islam Di Arab Saudi

ANKARA – Pelakon terkenal Amerika Syarikat (AS), Giancarlo Esposito yang popular menerusi watak Gus Fring dalam siri televisyen Breaking Bad, dilaporkan memeluk Islam ketika berada di Arab Saudi.

Menurut laporan media tempatan yang dipetik oleh Anadolu Ajansi, berita itu didedahkan oleh Pengerusi Pihak Berkuasa Hiburan Am Arab Saudi, Turki Al-Sheikh.

Beliau memaklumkan Esposito telah mengucapkan dua kalimah syahadah dan turut menunaikan solat berjemaah bersama kru produksi di sebuah masjid ketika menjalani penggambaran di negara berkenaan.

Turki berkata, keputusan pelakon berusia 68 tahun itu dibuat selepas melalui pengalaman yang positif sepanjang berada di Arab Saudi serta berinteraksi secara dekat dengan masyarakat Islam.

Katanya, Esposito turut menyatakan penghargaan terhadap layanan mesra dan keramahan yang diterimanya sepanjang tempoh penggambaran di negara tersebut.

Perkembangan itu turut menarik perhatian ramai selepas satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan Esposito menunaikan solat bersama anggota pasukan produksi di sebuah masjid.

Esposito merupakan antara pelakon berpengaruh Hollywood yang telah membina kerjaya dalam industri hiburan selama beberapa dekad. Selain Breaking Bad, beliau turut dikenali menerusi lakonannya dalam siri popular seperti Better Call Saul dan The Mandalorian.

Watak Gus Fring yang dibawanya sebelum ini berjaya melonjakkan namanya di peringkat antarabangsa serta melayakkan beliau menerima pelbagai pencalonan anugerah berprestij.

Ketika ini, Esposito dilaporkan sedang terlibat dalam penggambaran filem Seven Dogs, antara projek berskala besar yang sedang dibangunkan di Arab Saudi sebagai sebahagian usaha negara itu memperkukuh industri hiburan dan menarik lebih banyak produksi antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *