ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

PolitikTerkini

PAS ambil maklum notis tunjuk sebab dan perintah penggantungan terhadap PN

KUALA LUMPUR: PAS mengambil maklum mengenai notis tunjuk sebab dalam tempoh 30 hari yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) terhadap Perikatan Nasional (PN).

foto NewstraitsTime

Notis bertarikh 22 September 2026 itu dikeluarkan mengikut subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], susulan aduan yang dikemukakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dalam kenyataan media, PAS turut mengesahkan pihaknya mengambil maklum mengenai perintah penggantungan serta-merta terhadap PN yang dikeluarkan ROS pada 23 September 2026.

PAS berpandangan perkara berkenaan, yang berlaku pada tarikh sama dengan pengumuman serta pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, akan diuruskan oleh PN berdasarkan peruntukan undang-undang dan proses yang sewajarnya.

Pada masa sama, PAS menyatakan kesediaan untuk bersama parti-parti komponen PN yang berkaitan bagi meneliti perkembangan tersebut dan mengambil tindakan yang diperlukan.

Menurut PAS, langkah berkenaan akan dilaksanakan berlandaskan prinsip musyawarah serta akauntabiliti, selain mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan, khususnya Akta Pertubuhan 1966.

PAS turut menegaskan usaha berkenaan adalah bagi memastikan matlamat serta objektif penubuhan dan perjuangan PN terus diberi perhatian mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *