ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Malaysia

Masjid Bakal Dibina Di Bukit Bintang, Dijangka Siap Awal Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Sebuah masjid baharu yang mampu menampung lebih 1,500 jemaah bakal dibangunkan di kawasan Bukit Bintang dengan sasaran siap pada awal tahun hadapan bagi memenuhi keperluan umat Islam di pusat bandar itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, projek pembinaan masjid tersebut akan dilaksanakan menerusi kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut beliau, reka bentuk dan pelan pembangunan masjid itu telah dimuktamadkan, manakala kerja-kerja pembinaan fizikal dijangka dimulakan dalam masa terdekat.

“Apabila masjid ini siap kelak, tumpuan jemaah akan beralih ke masjid baharu tersebut, manakala Outreach Oasis Bukit Bintang yang kini berfungsi sebagai Surau Jumaat Sementara akan terus berperanan sebagai pusat komuniti dan aktiviti dakwah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Jumaat Sementara Outreach Oasis Bukit Bintang pada Jumaat.

Terdahulu, surau berkenaan mencatat sejarah apabila pertama kali mengadakan solat Jumaat selepas mendapat kelulusan khas daripada Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (Khas) Bilangan 4/2026 yang bersidang pada 8 Jun lalu.

Kelulusan tersebut membolehkan solat Jumaat dilaksanakan secara sementara di lokasi berkenaan sehingga pembinaan masjid baharu di Bukit Bintang disiapkan sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *