ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Malaysia

Kerajaan Kekal Had Umur Persaraan Penjawat Awam 60 Tahun

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan had umur persaraan penjawat awam kekal pada 60 tahun dan tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung semalam.

“Kerajaan telah memutuskan bahawa tiada keperluan untuk melaksanakan peningkatan had umur persaraan buat masa ini. Oleh itu, had umur persaraan bagi penjawat awam kekal pada usia 60 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membangkitkan maklum balas yang diterima berhubung pelaksanaan caruman sebanyak 0.75 peratus daripada gaji pekerja bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja atau LINDUNG 24 Jam di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Beliau berkata susulan itu, Jemaah Menteri bersetuju supaya caruman berkenaan tidak lagi diwajibkan, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela, berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, penjelasan lanjut berhubung keputusan itu akan diumumkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *