KUALA LUMPUR, 12 Nov – Inisiatif penyedia platform penstriman drama vertikal pendek, MuviiGrind (MVG), menyantuni komuniti penghantar makanan dan barangan (p-hailing) menerusi kempen “Isi Minyak Sampai Penuh Bro” mendapat sambutan luar jangka apabila program yang pada asalnya dijadualkan berlangsung selama sejam terpaksa dilanjutkan susulan permintaan tinggi.
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berlangsung di Stesen Shell Jalan Pahang, Titiwangsa itu bermula pada jam 3 petang dengan sasaran awal 100 motosikal, namun dilanjutkan sehingga jam 5 petang berbanding perancangan asal tamat pada jam 4 petang bagi memberi peluang kepada lebih ramai penunggang menikmati pengisian petrol secara percuma.

Inisiatif berkenaan bukan sekadar membantu meringankan perbelanjaan harian penunggang p-hailing, malah menjadi simbol penghargaan kepada komuniti pekerja gig yang memainkan peranan penting dalam menyokong ekonomi digital dan perkhidmatan penghantaran negara.
Bagi penunggang p-hailing yang bergantung kepada motosikal sebagai sumber pendapatan, penjimatan kos bahan api walaupun dalam jumlah kecil mampu membantu mengurangkan perbelanjaan operasi harian, khususnya ketika berdepan peningkatan kos sara hidup.
MuviiGrind yang menawarkan kandungan drama vertikal pendek pada harga mampu milik di pasaran Asia turut melihat program seumpama ini sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk memastikan perkembangan perniagaan digital bergerak seiring dengan usaha memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.
Dalam perkembangan berkaitan, MuviiGrind kini sedang merangka strategi pengembangan kandungan menerusi penerbitan drama vertikal berasaskan kecerdasan buatan (AI), sejajar dengan perubahan landskap industri hiburan digital yang semakin memanfaatkan teknologi bagi mempercepat proses kreatif dan penerbitan.
Pendekatan itu dijangka membuka ruang kepada penghasilan lebih banyak kandungan kreatif, selain memperkukuh kedudukan MuviiGrind dalam segmen hiburan digital berformat pendek yang semakin mendapat perhatian pengguna telefon pintar.
Susulan sambutan menggalakkan, MuviiGrind dengan kerjasama Shell Jalan Pahang, Titiwangsa akan meneruskan kempen “Isi Minyak Sampai Penuh Bro” pada 18 November 2026 di lokasi sama, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai penunggang p-hailing menikmati manfaat inisiatif tersebut.
Orang ramai, khususnya komuniti p-hailing, boleh mengikuti pengumuman dan perkembangan terkini menerusi akaun rasmi @MuviiGrind di Instagram, TikTok dan Facebook.









