ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

Malaysia

Dakwaan vaksin Pfizer sebabkan kematian, Dr Noor Hisham tampil beri penjelasan

KUALA LUMPUR – Dakwaan di media sosial yang mengaitkan pengambilan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech dengan pelbagai kesan sampingan termasuk kematian dinafikan bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut Dr Noor Hisham, seseorang yang meninggal dunia selepas menerima vaksin tidak boleh terus dianggap bahawa kematian itu berpunca daripada pengambilan vaksin tersebut.

Katanya, punca sebenar kematian perlu dikenal pasti melalui siasatan serta penilaian perubatan, termasuk bedah siasat bagi kes tertentu.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang tular tanpa mendapatkan pengesahan daripada sumber yang sahih dan bukti perubatan.

Dalam masa sama, Dr Noor Hisham berkata vaksin telah menyelamatkan jutaan nyawa, terutama dalam usaha menangani penyebaran penyakit yang sebelum ini telah menyebabkan kematian dalam jumlah yang besar.

Justeru, beliau meminta masyarakat tidak memberi ruang kepada penyebaran maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan kekeliruan, sebaliknya merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Sumber : Astro AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *