Home / Malaysia / CADANGAN NAMAKAN JALAN SEMPENA PAK SAMAD, KERAJAAN AKAN TELITI

CADANGAN NAMAKAN JALAN SEMPENA PAK SAMAD, KERAJAAN AKAN TELITI

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti cadangan menamakan semula salah satu jalan di ibu negara sempena Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Seri A. Samad Said sebagai penghormatan terhadap sumbangan besar beliau dalam bidang kesusasteraan dan kewartawanan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, cadangan itu dikemukakan oleh Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin bersama beberapa cadangan lain bagi mengenang jasa Allahyarham.

Menurut Fahmi, Allahyarham bukan sahaja dikenali sebagai sasterawan hebat, malah turut mempunyai sumbangan besar dalam bidang kewartawanan serta perjuangan membela hak rakyat.

Selain cadangan penamaan jalan, kerajaan turut mempertimbangkan penubuhan sebuah galeri khas bagi menghimpunkan karya dan mengabadikan legasi Allahyarham.

Fahmi turut memaklumkan bahawa perbincangan awal telah diadakan bersama anak Allahyarham, Az, termasuk berkaitan aspek hak cipta dan usaha mengekalkan hasil penulisan beliau.

Dalam masa sama, karya-karya agung Allahyarham dicadangkan supaya diperkenalkan semula kepada generasi muda, termasuk Gen Z dan Gen Alpha agar legasi sastera beliau terus dikenali.

Antara karya terkenal Pak Samad termasuk Salina, Sungai Mengalir Lesu, Langit Petang dan Hujan Pagi.

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *