NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

Malaysia

Bot karam: Mayat ke-10 ditemukan nelayan, empat masih hilang

LUMUT: Satu lagi mayat mangsa bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditemukan nelayan tempatan di perairan Pulau Pangkor malam tadi, menjadikan jumlah korban kini meningkat kepada 10 orang. Empat lagi mangsa bagaimanapun masih hilang dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) diteruskan. 

Menurut pihak berkuasa, mayat lelaki terbabit ditemukan kira-kira jam 7.40 malam pada kedudukan 3.6 batu nautika dari lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk tindakan lanjut. 

Insiden bot karam itu dipercayai berlaku ketika bot yang membawa sekumpulan PATI warga Indonesia cuba memasuki negara ini melalui laluan laut berhampiran Pulau Pangkor. Operasi CARILAMAT yang masuk hari ketiga kini melibatkan pelbagai agensi termasuk APMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta bantuan nelayan tempatan. 

Setakat ini, seramai 23 mangsa berjaya diselamatkan manakala usaha mengesan baki empat lagi mangsa diteruskan dengan radius pencarian diperluaskan berdasarkan keadaan arus dan cuaca semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *