ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

MalaysiaTerkini

BELANJAWAN 2027 : STR dan SARA 2027 Cecah RM16 Bilion, M40 Turut Nikmati Bantuan

KUALA LUMPUR – Bantuan kerajaan menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluas pada 2027 dengan jumlah peruntukan meningkat kepada RM16 bilion, berbanding RM15 bilion tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan peruntukan itu membolehkan sehingga sembilan juta penerima STR menikmati bantuan SARA sehingga RM150 sebulan dan maksimum sehingga RM1,800 setahun.

Bagi rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR, kerajaan turut menyediakan SARA MADANI sebanyak RM100 untuk dua kali pemberian pada tahun depan.

Bantuan tersebut dijadualkan untuk disalurkan dua kali iaitu sebelum hari raya Aidilfitri dan sekali lagi menjelang sambutan 70 tahun kemerdekaan negara. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada sehingga 13 juta rakyat Malaysia, termasuk golongan berpendapatan sederhana (M40).

Selain itu, penggunaan kredit SARA akan diperluaskan bagi pembelian barangan basah dan segar di 216 pasar tani di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Kerajaan juga menyasarkan penyertaan kedai runcit kecil dalam rangkaian rakan niaga SARA ditingkatkan kepada 10,000 premis sebelum penghujung tahun ini.

Penambahan peruntukan dan peluasan penerima ini menjadikan bantuan STR dan SARA antara langkah utama Belanjawan 2027 dalam membantu rakyat menangani kos sara hidup, termasuk mereka yang tidak menerima STR sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *