Home / Malaysia / Bekas Anggota Polis Dakwa Dipukul Shuhaily Sedekad Lalu, Mohon Keadilan

Bekas Anggota Polis Dakwa Dipukul Shuhaily Sedekad Lalu, Mohon Keadilan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas anggota polis memohon campur tangan Peguam Negara bagi membuka semula siasatan kes pukul yang didakwa membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pada 2015.

Peguam Kamal Hisham Ja’afar dan Muhammad Nor Tamrin berkata anak guam mereka, Saifuddin Abdul Kader, membuat laporan polis pada 19 November 2015 ketika Mohd Shuhaily berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak.

Saifuddin mendakwa beliau ditegur dan dimarahi kerana gagal memberikan tabik hormat sebelum Mohd Shuhaily menumbuk pergelangan tangan kirinya ketika bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

Beliau turut mendakwa berdepan kesukaran dalam kerjaya selepas membuat laporan berkenaan sehingga akhirnya diberhentikan daripada pasukan keselamatan.

Menurut peguamnya, tiada tindakan diambil susulan laporan tersebut. Mereka kini memohon agar kes itu disemak dan dipertimbangkan semula bagi memastikan keadilan serta prinsip kedaulatan undang-undang ditegakkan.

Mohd Shuhaily sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencederakan anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada September lalu. Kes itu merupakan kes berasingan.

Sumber : Berita Harian

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *