NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

Malaysia

Amalan Membaca Bentuk Masyarakat Matang, Berfikiran Luas – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan budaya membaca mampu melahirkan masyarakat yang lebih matang, berilmu dan berfikiran terbuka dalam mendepani cabaran dunia masa kini yang semakin kompleks.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata buku bukan sekadar sumber pengetahuan, malah berperanan membentuk cara berfikir yang lebih rasional dan bijaksana dalam membuat penilaian.

“Buku mengajar kita untuk lebih sabar berfikir, lebih matang menilai dan tidak mudah tenggelam dalam budaya menghukum atau sensasi yang singkat usianya,” katanya.

Beliau turut memaklumkan akan merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 esok sebagai simbol sokongan berterusan terhadap usaha memperkukuh budaya ilmu dan pembacaan dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda.

Menurut Anwar, beliau mengambil kesempatan sempena cuti Aidiladha semalam untuk meluangkan masa membaca beberapa buku kegemaran daripada pelbagai genre termasuk sastera sambil menghayati cabaran zaman yang semakin mencabar.

Menerusi video yang dikongsikan bersama hantaran itu, Perdana Menteri turut mendeklamasikan beberapa puisi berkaitan perjuangan hidupnya selain ketabahan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ketika melalui era Reformasi.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) edisi ke-43 dijadual berlangsung bermula 29 Mei hingga 7 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *