NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

Malaysia

Agong berkenan kurnia 100 lembu korban Aidiladha

Agong Kurnia 100 Lembu Korban Sempena Aidiladha

KUALA LUMPUR – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Menerusi majlis yang berlangsung di Istana Negara, Seri Paduka Baginda turut berkenan melafazkan niat korban yang dipimpin Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh.

Seri Paduka Baginda menitahkan supaya daging korban diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf, serta komuniti B40. – Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Bagi menyempurnakan ibadah berkenaan, Baginda turut mewakilkan pelaksanaan korban kepada urusetia pelaksana korban Istana Negara.

Difahamkan, daging korban berkenaan akan diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf serta komuniti B40, sekali gus mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap rakyat yang memerlukan.

Dalam majlis sama, doa turut dipanjatkan agar ibadah korban tersebut diterima Allah SWT serta kesejahteraan berterusan dikurniakan kepada Seri Paduka Baginda dan seluruh Keluarga Diraja Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *