Home / Malaysia / PUSARA TUN SITI HASMAH MASIH TERUS DIZIARAHI, TUN M UCAP TERIMA KASIH

PUSARA TUN SITI HASMAH MASIH TERUS DIZIARAHI, TUN M UCAP TERIMA KASIH

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana tidak dapat kerap menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, selain tidak berpeluang bertemu orang ramai yang hadir memberikan penghormatan.

Beliau turut memohon maaf kerana tidak dapat membalas setiap surat dan ucapan takziah yang diterima susulan pemergian Allahyarhamah.

“Saya cuba jawab seberapa mampu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr Mahathir, walaupun Allahyarhamah Dr Siti Hasmah sudah meninggal dunia sebulan lalu, pusaranya masih terus dikunjungi orang ramai.

Beliau berkata, kehadiran serta doa yang tidak putus-putus daripada orang ramai amat menyentuh hatinya dan menzahirkan penghargaan atas ingatan mereka terhadap arwah isterinya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir hari ini. – Foto Facebook Dr. Mahathir Bin Mohamad

Untuk rekod, Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 9.20 pagi pada 28 September lalu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya.

Allahyarhamah yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun itu disemadikan dengan penuh penghormatan menerusi Istiadat Pengebumian Bertaraf Pembesar Negara sekitar jam 6.30 petang pada hari sama.

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *