Home / Malaysia / Strok Tidak Semestinya Tunjuk Gejala Ketara, Tindakan Awal Amat Penting

Strok Tidak Semestinya Tunjuk Gejala Ketara, Tindakan Awal Amat Penting

KUALA LUMPUR  – Strok tidak semestinya menyebabkan seseorang pengsan, lumpuh atau tidak mampu bercakap. Gejala ringan juga boleh menjadi petanda awal yang memerlukan pemeriksaan segera.

Pakar Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan Sunway, Dr Aaron Lai Kuo Huo, berkata tanda awal termasuk kebas atau lemah secara tiba-tiba pada sebelah badan, kesukaran bercakap, kehilangan keseimbangan dan perubahan penglihatan.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mengabaikan gejala walaupun ia hilang selepas beberapa minit kerana keadaan itu mungkin menandakan serangan iskemia sementara atau strok mini.

Panduan BE FAST boleh membantu mengenal pasti tanda strok, merangkumi masalah keseimbangan, penglihatan, muka senget, kelemahan tangan dan kesukaran bercakap. Jika strok disyaki, bantuan kecemasan perlu diperoleh segera tanpa menunggu semua gejala muncul.

Sementara itu, Pakar Bedah Saraf dan Tulang Belakang, Dr Lim Swee San, menegaskan pemulihan strok bukan sekadar kemampuan berjalan semula, malah turut melibatkan pertuturan, ingatan, tumpuan dan kesejahteraan emosi.

Penilaian awal, rawatan susulan, pengambilan ubat mengikut arahan doktor serta pengurusan faktor risiko penting bagi membantu pemulihan pesakit.

Sumber : Astro AWANI / BERNAMA

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *