Home / Terkini / Dr Akmal Jual Motosikal, Ikan Tilapia Demi Kumpul RM300,000 Bayar Ganti Rugi

Dr Akmal Jual Motosikal, Ikan Tilapia Demi Kumpul RM300,000 Bayar Ganti Rugi

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, menawarkan motosikal Honda X-ADV dan ikan tilapia ternakannya untuk dibida bagi mengumpul wang sebanyak RM300,000 bagi menjelaskan ganti rugi serta kos mahkamah kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Akmal berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kedudukan kewangannya, termasuk simpanan sedia ada yang masih belum mencukupi untuk menampung jumlah berkenaan.

Beliau turut mengakui menghargai cadangan orang ramai supaya tabung sumbangan dibuka bagi membantunya. Namun, beliau memilih untuk menjual aset miliknya terlebih dahulu tanpa membebankan pihak lain.

Jumlah RM300,000 itu merangkumi ganti rugi RM250,000 dan kos mahkamah RM50,000 yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Melaka berhubung saman fitnah yang difailkan Teresa Kok.

Akmal berkata beliau menghormati keputusan mahkamah dan bersedia memikul tanggungjawab untuk menjelaskan bayaran tersebut.

Sumber/ Foto : FB Akmal Saleh

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *