ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Malaysia

Menara Merdeka 118 Kini Rasmi Sebagai Menara Merdeka Maybank

KUALA LUMPUR – Maybank mengumumkan ibu pejabat baharunya di Menara Merdeka 118 kini dinamakan secara rasmi sebagai Menara Merdeka Maybank, berkuat kuasa hari ini.

Penjenamaan semula itu mencerminkan kehadiran rasmi kumpulan perbankan terbesar negara tersebut di bangunan mercu tanda berkenaan yang kini menjadi ibu pejabat korporatnya.

Sehubungan itu, alamat berdaftar baharu Maybank ialah Aras 70, Menara Merdeka Maybank, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, bekas ibu pejabat Maybank di Jalan Tun Perak yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Maybank turut dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak.

Menurut Maybank, kedua-dua penamaan baharu itu berkuat kuasa mulai 28 Julai 2026.

Maybank turut memberi jaminan bahawa operasi Cawangan Utama Kuala Lumpur akan terus beroperasi di Menara Tun Perak sehingga dimaklumkan kelak.

“Penamaan semula ini tidak memberi sebarang kesan kepada pelanggan yang mempunyai akaun di cawangan tersebut, dan semua perkhidmatan perbankan akan terus beroperasi seperti biasa,” menurut kenyataan Maybank.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *