Home / Malaysia / DIDAKWA DIHANTUK KEPALA EMPAT KALI, ANGGOTA POLIS JALANI RAWATAN PSIKIATRI SELEPAS INSIDEN KLIA

DIDAKWA DIHANTUK KEPALA EMPAT KALI, ANGGOTA POLIS JALANI RAWATAN PSIKIATRI SELEPAS INSIDEN KLIA

SEPANG – Seorang anggota polis yang mendakwa dicederakan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dilaporkan mendapatkan rawatan psikiatri selepas kejadian yang didakwa berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Peguam yang mewakili dua anggota polis terbabit, Kamal Hisham Jaafar dan Muhammad Nor Tamrin, berkata salah seorang anak guamnya mendakwa kepalanya dihantuk sebanyak empat kali dalam insiden berkenaan.

Menurut peguam itu, anggota terbabit bukan sahaja mendapatkan rawatan biasa, malah turut menjalani rawatan psikiatri di pusat kesihatan Salak dan Hospital Cyberjaya. Pihaknya kini menunggu laporan perubatan sebelum menentukan jumlah pampasan yang akan dituntut.

Kedua-dua anggota polis itu merancang memfailkan saman sivil dalam tempoh tujuh hari bagi menuntut pampasan atas kecederaan fizikal serta kesan lain yang didakwa dialami.

Perkembangan itu menyusul selepas Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis dalam kejadian di Terminal 1 KLIA pada 28 September lalu. Kes itu masih melalui proses perundangan.

Sumber : Sinar Harian

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *