ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

Malaysia

5 Juta Rakyat Dijangka Terima Manfaat Menerusi LESTARI MCMC

KUALA LUMPUR – Teknologi semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan harian, tetapi pada masa sama, cara kita menggunakannya juga perlu lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Atas sebab itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan LESTARI: Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Kelestarian 2030, dengan kira-kira lima juta rakyat dijangka menerima manfaat menerusi pelbagai program impak sosial bersama pemain industri.

Antara perkara yang diberi perhatian ialah pengurusan sisa elektronik dan penggunaan semula peranti yang masih boleh digunakan. Peranti berkenaan boleh dibaik pulih atau dinaik taraf, sekali gus membantu mengurangkan kos pemilikan serta membuka lebih banyak akses kepada teknologi, khususnya golongan rentan dan berpendapatan rendah.

Menjelang 2030, LESTARI menyasarkan sebanyak 15 juta peranti diurus secara lebih lestari, sama ada melalui penggunaan semula, naik taraf, penggantian kepada teknologi yang lebih cekap atau dikitar semula secara bertanggungjawab.

Pada masa sama, rangka kerja ini turut memberi perhatian kepada isu alam sekitar seperti kecekapan tenaga, pengurangan pelepasan karbon, penggunaan tenaga boleh baharu serta ketahanan infrastruktur.

MCMC turut memperkenalkan Net Zero & Circularity Alliance (NZCA), sebuah platform kerjasama industri bagi memperluas usaha mengurangkan pelepasan karbon serta mengurus pengumpulan, penggunaan semula dan kitar semula peranti dengan lebih tersusun.

LESTARI dibangunkan bersama industri melalui sesi libat urus yang melibatkan 116 peserta daripada 47 organisasi. Pelaksanaannya akan dipantau secara berkala berdasarkan sasaran dan petunjuk yang ditetapkan.

Sebagai komitmen awal, 15 organisasi daripada pelbagai segmen ekosistem digital turut menandatangani ikrar sokongan kepada LESTARI dan NZCA.

Sumber : Sinar Harian
Foto : The Edge Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *