Pentadbiran Melaka Terus Berjalan Di Bawah Kerajaan Sementara
MELAKA : Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi jaminan bahawa pentadbiran kerajaan negeri akan terus berjalan walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka telah dibubarkan.
Beliau berkata kerajaan negeri kini berfungsi sebagai kerajaan sementara (caretaker government) sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas pilihan raya.
Menurut Ab Rauf, pembubaran DUN tidak bermakna urusan kerajaan terhenti. Perkhidmatan awam, kebajikan rakyat, keselamatan serta urusan harian kerajaan akan terus berjalan seperti biasa.
Semua jabatan, agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan juga akan meneruskan tugas berdasarkan undang-undang dan tata kelola yang ditetapkan.
Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pula akan ditentukan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sumber/Foto : Astro AWANI
