ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

PolitikTerkini

Azmin Ali kembali ke PKR bersama kumpulannya sebagai sesuatu yang boleh menguatkan semula parti, khususnya menjelang PRU16.

KUALA LUMPUR: Kembalinya bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama kumpulannya ke dalam parti itu dilihat mampu memberi suntikan baharu kepada PKR menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Misrinah Misban berkata, pengalaman Azmin dalam menguruskan parti sebelum ini menjadikan beliau antara tokoh yang berpotensi memainkan peranan penting dalam menghadapi PRU16.

Menurutnya, pengalaman tersebut termasuk ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sebelum ini, selain keupayaan Azmin menguruskan jentera parti dalam tempoh berkenaan.

Beliau berpandangan, kepulangan Azmin boleh membantu memperkukuh kedudukan PKR, khususnya selepas bekas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Rafizi Ramli, meninggalkan PKR.

Bagaimanapun, Misrinah berkata, usaha membawa kembali Azmin dan kumpulannya memerlukan kesediaan kepimpinan serta anggota PKR untuk mengetepikan perbezaan dan konflik terdahulu.

Pada masa sama, beliau melihat kedudukan Azmin dalam Bersatu sebagai sesuatu yang perlu dipertimbangkan sekiranya beliau benar-benar mahu kembali ke pangkuan PKR.

Menurutnya, dalam perkembangan politik semasa, PKR dan Azmin dilihat mempunyai kepentingan masing-masing dan boleh saling melengkapi bagi menghadapi cabaran politik akan datang.

Perkembangan itu dilihat menarik perhatian khususnya selepas Anwar sendiri menggesa bekas pemimpin serta aktivis PKR supaya kembali menyumbang kepada perjuangan parti.

Selain Azmin, beberapa bekas pemimpin PKR juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk kembali menyertai parti berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *