ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Politik

Senarai Penuh 56 Calon Barisan Nasional PRN Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengumumkan senarai penuh 56 calon gabungan itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Pengumuman tersebut dibuat pada Majlis Pengumuman Calon BN yang berlangsung di Pejabat Perhubungan UMNO Johor, di sini, dengan kehadiran barisan kepimpinan tertinggi parti komponen serta ribuan penyokong.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran serta Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Senarai calon yang diumumkan menampilkan gabungan muka baharu dan pemimpin berpengalaman daripada UMNO, MCA dan MIC bagi mewakili BN di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Antara calon yang diumumkan ialah Datuk Onn Hafiz Ghazi yang akan mempertahankan kerusi DUN Machap, Datuk Mohd Fared Mohd Khalid di Semerah, Datuk Jafni Mohd Shukor di Bukit Permai, Datuk Ramli Bohani di Kempas serta Datuk Seri Adham Baba di Pasir Raja.

MCA pula mempertaruhkan beberapa nama berprofil tinggi termasuk Datuk How Chin Teck di Tangkak, Ling Tian Soon di Yong Peng, Lee Ting Han di Paloh dan Tan Eng Meng di Pekan Nanas.

Berikut adalah senarai penuh calon BN bagi PRN Johor ke-16:

N01 Buloh Kasap – Datuk Zahari Sarip
N02 Jementah – See An Geak
N03 Pemanis – Anuar Abdul Manap
N04 Kemelah – R Ravin Kumar
N05 Tenang – Mohd Azhar Ibrahim
N06 Bekok – Tan Chong
N07 Bukit Kepong – Ahmad Syarie Yusof
N08 Bukit Pasir – Ir Mohd Fazli Mohamed Salleh
N09 Gambir – Sahrihan Jani
N10 Tangkak – Datuk How Chin Teck
N11 Serom – Nadirah Afiqah Abdull Rahim
N12 Bentayan – Chua Lee Huat
N13 Simpang Jeram – Datuk Azman Ismail
N14 Bukit Naning – Mohd Ghazali Sabari
N15 Maharani – Datuk Ashaari Mohd Sarip
N16 Sungai Balang – Selamat Takim
N17 Semerah – Mohd Fared Mohd Khalid
N18 Sri Medan – Datuk Zulkurnain Kamisan
N19 Yong Peng – Ling Tian Soon
N20 Semarang – Datuk Samsolbari Jamali
N21 Parit Yaani – Datuk Mohamad Najib Samuri
N22 Parit Raja – Nor Rashidah Ramli
N23 Penggaram – Boo Chin Leong
N24 Senggarang – Mohd Yusla Ismail
N25 Rengit – Mohd Zaidi Japar
N26 Machap – Datuk Onn Hafiz Ghazi
N27 Layang-Layang – Chua Juan Boon
N28 Mengkibol – Yap Zhi Peng
N29 Mahkota – Syed Hussien Syed Abdullah
N30 Paloh – Lee Ting Han
N31 Kahang – A Rugendran
N32 Endau – Alwiyah Talib
N33 Tenggaroh – Mohd Yuzaimi Yusof
N34 Panti – Dr Muhammad Naqib Ghazali
N35 Pasir Raja – Datuk Seri Adham Baba
N36 Sedili – Muzaide Makmor
N37 Johor Lama – Norliza Noh
N38 Penawar – Fauziah Misri
N39 Tanjung Surat – Aznan Tamin
N40 Tiram – Datuk Abdul Halim Suleiman
N41 Puteri Wangsa – Teo Chia Ling
N42 Johor Jaya – Chan San San
N43 Permas – Baharudin Mohamed Taib
N44 Larkin – Mohd Hairi Mad Shah
N45 Stulang – Bong Seng Heng
N46 Perling – Panir Selvam
N47 Kempas – Datuk Ramli Bohani
N48 Skudai – Tan Hiang Kee
N49 Kota Iskandar – Pandak Ahmad
N50 Bukit Permai – Datuk Jafni Mohd Shukor
N51 Bukit Batu – R Kumaran
N52 Senai – Tai Chee Chee
N53 Benut – Datuk Mohd Sumali Reduan
N54 Pulai Sebatang – Hasrunizah Hasan
N55 Pekan Nanas – Tan Eng Meng
N56 Kukup – Md Israk Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *