NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

Malaysia

3 pekerja syarikat kapal maut, 1 parah kemalangan bot ketika latihan kecemasan

KUALA TERENGGANU: Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat yang dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, keempat-empat mangsa dipercayai menaiki bot penyelamat yang berada di atas platform untuk turun ke laut bagi menjalankan kerja penyelenggaraan di bahagian bawah pelantar berkenaan.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai (dari kiri) Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustaman, 28, Ahmad Fikri Zakaria, 38, dan Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 37.

Bagaimanapun, tali atau cangkuk yang dipasang pada bot tersebut dipercayai tercabut sebelum menyebabkan kesemua mangsa terjatuh ke dalam laut bersama bot berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, semua mangsa kemudian berjaya dibawa naik semula ke platform oleh pasukan penyelamat sebelum diterbangkan menggunakan helikopter ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) kira-kira jam 4 petang.

Menurut beliau, mangsa seterusnya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), namun tiga daripada mereka disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital, manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah dipercayai akibat patah tulang.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Ahmad Fiqri Zakaria, 38, dari Batu Berendam, Melaka; Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dari Kuantan, Pahang; dan Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dari Bandar Indera Mahkota, Pahang. Seorang lagi mangsa, Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, dari Banting, Selangor kini sedang menerima rawatan di HSNZ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *