Home / Malaysia / 13,883 KANDUNGAN DEEPFAKE DITURUNKAN, 1,178 BABITKAN PEMIMPIN POLITIK

13,883 KANDUNGAN DEEPFAKE DITURUNKAN, 1,178 BABITKAN PEMIMPIN POLITIK

KUALA LUMPUR – Sebanyak 13,883 kandungan pemalsuan imej atau deepfake telah diturunkan oleh penyedia perkhidmatan digital susulan permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 31 Oktober 2026.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,178 kandungan melibatkan pemimpin politik.

Dalam perkembangan sama, MCMC turut menyiasat 61 kes penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Oktober 2026.

Daripada jumlah itu, 10 kes telah dibawa ke mahkamah. Enam daripadanya telah diputuskan dengan jumlah denda keseluruhan RM19,500, manakala empat lagi masih dalam prosiding.

Selain itu, tujuh kes ditawarkan kompaun berjumlah RM755,000, sementara 17 surat amaran dikeluarkan. Baki 27 kes pula masih dalam siasatan atau diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

Fahmi menjelaskan kerajaan memandang serius penyalahgunaan AI, khususnya kandungan yang melibatkan pemalsuan identiti, penyamaran individu dan penyebaran maklumat palsu.

Antara langkah pencegahan yang dilaksanakan termasuk penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025, Kod Pengurangan Risiko yang mewajibkan kandungan AI tertentu dilabel dengan jelas, serta Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan kesedaran dan literasi digital masyarakat.

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *