KULIM – Seorang wanita berusia 39 tahun maut selepas kereta Proton Saga FL yang dipandunya bertembung dengan sebuah Tesla di persimpangan lampu isyarat berhampiran kilang Schott, Jalan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) 1, Kulim, kira-kira pukul 11.45 malam Isnin.
Mangsa yang bekerja di sebuah kilang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring, siasatan awal mendapati Tesla yang dipandu lelaki berusia 29 tahun dipercayai gagal berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum merempuh bahagian kanan kereta mangsa.
Pemandu Tesla turut mengalami kecederaan pada tangan kanan. Lelaki berkenaan juga disyaki berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian, namun perkara itu masih dalam siasatan pihak polis.
Sumber/ Foto : KOSMO! Online









