Home / Malaysia / Sarawak Bakal Pamer Mumia Mesir Berusia Lebih 5,000 Tahun, Pertama Di Asia Tenggara

Sarawak Bakal Pamer Mumia Mesir Berusia Lebih 5,000 Tahun, Pertama Di Asia Tenggara

KUCHING – Sarawak bakal menjadi lokasi pameran mumia Mesir pertama seumpamanya di Asia Tenggara apabila pameran antarabangsa Egyptian Mummies: Journey Towards Immortality dibuka kepada orang ramai mulai Julai tahun depan.

Pameran eksklusif itu akan berlangsung selama enam bulan di Muzium Budaya Borneo (BCM), dengan menampilkan artifak serta jasad manusia sebenar berusia lebih 5,000 tahun dari Muzium Arkeologi Kebangsaan Florence, Itali.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tempoh pameran yang panjang membolehkan lebih ramai penduduk tempatan menikmati tarikan bersejarah berkenaan.

Menurut beliau, kejayaan membawa pameran bertaraf antarabangsa itu mencerminkan keupayaan Jabatan Muzium Sarawak menjalin kerjasama strategik dengan institusi muzium terkemuka dunia.

Dalam perkembangan berkaitan, sektor pelancongan Sarawak merekodkan 3.52 juta ketibaan pelawat serta menjana hasil pelancongan sebanyak RM9 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2025.

Pameran itu dijangka menjadi tarikan baharu kepada pengunjung yang berminat meneroka sejarah dan tamadun Mesir purba, selain memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan berasaskan warisan dan budaya.

Sumber : BERNAMA

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *