Home / Terkini / RoS Batalkan Pendaftaran PN Selepas Penjelasan Gabungan Didapati Tidak Kukuh

RoS Batalkan Pendaftaran PN Selepas Penjelasan Gabungan Didapati Tidak Kukuh

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) selepas mendapati penjelasan yang dikemukakan gabungan itu tidak mencukupi untuk mempertahankan status pendaftarannya.

Dalam kenyataan pada Selasa, RoS memaklumkan keputusan itu dibuat mengikut Subperenggan 13(1)(c)(iv), Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).

Menurut jabatan itu, keputusan berkenaan dibuat selepas meneliti notis yang dikeluarkan kepada PN pada 22 September lalu di bawah Subseksyen 13(2) akta sama. Notis tersebut memberi peluang kepada gabungan itu mengemukakan penjelasan dan representasi berhubung perkara yang dibangkitkan.

RoS mengesahkan pihaknya menerima maklum balas daripada PN pada 12 Oktober. Bagaimanapun, selepas meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan berkenaan, pendaftar mendapati alasan yang diberikan gagal menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis tersebut.

Jabatan itu turut menyatakan bahawa penjelasan PN tidak memberikan justifikasi kukuh untuk mengekalkan pendaftaran gabungan berkenaan.

Keputusan terbaharu ini menandakan perkembangan penting dalam isu status pendaftaran PN yang sebelum ini berdepan tindakan RoS susulan notis berkaitan aduan terhadap gabungan itu.

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *