NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

Malaysia

Pemilikan kenderaan Aurus Senat oleh Agong lambang persahabatan kukuh Malaysia-Rusia

Pemilikan limosin mewah Aurus Senat oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar disifatkan sebagai simbol hubungan erat dan persahabatan kukuh antara Malaysia dan Rusia.

Kenderaan rasmi kepimpinan tertinggi Rusia itu turut digunakan oleh Vladimir Putin dalam acara negara serta majlis diplomatik penting. Model berprestij tersebut jarang dimiliki di luar Rusia dan terkenal dengan teknologi moden serta ciri keselamatan bertaraf tinggi.

Majlis penyerahan limosin berkenaan berlangsung ketika lawatan rasmi Seri Paduka Baginda ke Moscow sempena sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan atas jemputan khas kerajaan Rusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *