ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Malaysia

MCMC Pastikan Kesiapsiagaan Telekomunikasi Sempena F1 Di Sepang

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan penganjur serta pemilik tapak bagi memastikan liputan telekomunikasi mencukupi menjelang penganjuran acara berskala besar di Sepang.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu penting bagi memastikan pengguna tidak berdepan masalah capaian atau kesesakan rangkaian apabila berlaku peningkatan jumlah pengunjung.

Beliau berkata syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi boleh memasang kelengkapan tambahan di lokasi acara bagi meningkatkan kapasiti dan liputan rangkaian.

“Sebagai antara langkah yang biasa diambil untuk persiapan acara-acara berskala besar, pihak MCMC akan bekerjasama dengan penganjur dan pemilik tapak.

“Ia untuk memastikan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi boleh memasang kelengkapan peralatan untuk meningkatkan capaian.

“Langkah itu untuk mengurangkan kesesakan atau congestion bagi pengguna yang ramai,” katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persiapan negara menjelang Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 yang dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 2 hingga 4 Oktober ini.

Fahmi berkata perbincangan mengenai perkara itu sedang berjalan, namun beliau masih belum menerima maklumat sama ada perancangan teknikal di tapak telah dimuktamadkan.

“Dengan tempoh kira-kira enam minggu sebelum acara berkenaan, saya sendiri akan melakukan lawatan ke tapak bersama MCMC dan syarikat telekomunikasi bagi melihat sendiri persiapan itu.

“Pendekatan sama pernah digunakan kerajaan dalam persediaan menghadapi acara berskala besar dan penting kepada negara,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *