ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

DuniaTerkini

Kebakaran Pasar di Papua Ragut 11 Nyawa, Enam Mangsa Kanak-Kanak

PAPUA TENGAH: Tragedi kebakaran di kawasan pasar Kampung Bapouda, Distrik Paniai Timur, Papua Tengah, Indonesia, awal pagi hari ini meragut 11 nyawa, termasuk enam kanak-kanak.

Kebakaran dilaporkan berlaku sekitar jam 12.25 pagi waktu Indonesia Timur sebelum api merebak dengan pantas ke bangunan rumah dan premis perniagaan yang berada dalam jarak berdekatan.

Keadaan bangunan yang saling berdempetan menyebabkan api sukar dikawal dan mengakibatkan kira-kira 40 bangunanmusnah dalam kejadian itu.

Menurut pihak berkuasa, operasi pemadaman mengambil masa beberapa jam sebelum api berjaya dikawal sekitar jam 3.30 pagi.

Pasukan keselamatan turut menggunakan sebuah kenderaan taktikal penyembur air bagi membantu memadamkan kebakaran yang marak.

Selepas api berjaya dikawal, anggota polis menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum menemukan 11 mangsa yang terkorban.

Daripada jumlah itu, lima mangsa merupakan orang dewasa manakala enam lagi kanak-kanak, termasuk kanak-kanak berusia antara dua hingga sembilan tahun. Kesemua mangsa kemudian dibawa ke RSUD Paniai untuk proses seterusnya.

Pihak polis Papua Tengah kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

Setakat ini, tiada kesimpulan dibuat berhubung sumber api dan siasatan masih dijalankan dengan mengambil keterangan saksi serta pemeriksaan di lokasi kejadian.

Tragedi itu turut menyebabkan kemusnahan besar kepada kawasan pasar berkenaan, dengan puluhan rumah dan premis perniagaan dilaporkan hangus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *