ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

Malaysia

JPJ nafi dakwaan Rohingya dibenar ambil lesen memandu

KUALA LUMPUR – Dakwaan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencadangkan supaya etnik Rohingya dibenarkan mengambil lesen memandu di Malaysia adalah tidak benar.

JPJ tampil menafikan dakwaan itu selepas satu hantaran di Facebook yang menggunakan tajuk “JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu” mula tular dalam media sosial.

Hantaran berkenaan dimuat naik menerusi akaun Facebook Along Auto Parts dan dikatakan direka dengan rupa yang menyerupai laporan berita rasmi, sekali gus berpotensi mengelirukan orang ramai.

Menurut JPJ, pihaknya memandang serius tindakan mana-mana pihak yang menghasilkan, mengubah suai atau menyebarkan kandungan menggunakan nama, identiti atau imej jabatan sehingga boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan kredibiliti JPJ.

Susulan penyebaran kandungan tersebut, JPJ memaklumkan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan sewajarnya dijalankan.

JPJ pada masa sama mengingatkan orang ramai supaya tidak terus menyebarkan maklumat yang kesahihannya belum dipastikan.

Sebaliknya, sebarang maklumat berkaitan JPJ disarankan dirujuk menerusi saluran rasmi jabatan bagi memastikan maklumat yang diterima benar-benar sahih.

Sumber: Buletin TV3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *