TOKYO – Jepun mengecam serangan kumpulan Houthi ke atas Arab Saudi dan menggesa ketegangan di Asia Barat segera diredakan.
Tokyo turut menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan orang awam susulan serangan yang menyasarkan kemudahan awam. Jepun menegaskan tindakan seperti itu hanya memburukkan keadaan dan menyukarkan usaha untuk meredakan konflik.
Bagi Jepun, keadaan di Asia Barat juga penting kerana negara itu bergantung pada bekalan tenaga dari kawasan berkenaan.
Jepun menggesa semua pihak mengutamakan rundingan dan usaha diplomatik bagi mengelakkan konflik menjadi semakin buruk.
Sumber : BERNAMA









