ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

PolitikTerkini

“Ini Ucapan Bakal Perdana Menteri” – KJ

KUALA LUMPUR: Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 disifatkan sebagai ucapan seorang bakal Perdana Menteri yang sedang membawa hala tuju sebuah kerajaan baharu.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ucapan Ahmad Zahid jelas menunjukkan perancangan dan hala tuju Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Ini merupakan ucapan seorang bakal Perdana Menteri dan sebuah kerajaan yang bakal dibentuk,” katanya kepada pemberita selepas ucapan Ahmad Zahid pada PAU 2026.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid menegaskan UMNO bukan sebuah parti yang hanya memikirkan kelangsungan politik dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya, sebaliknya mempunyai visi jangka panjang untuk masa depan Malaysia.

Beliau turut menggesa supaya PRU16 diadakan lebih awal, dengan menyifatkan sudah tiba masanya BN mendapatkan mandat baharu untuk kembali menerajui negara.

Ahmad Zahid pada masa sama memberi jaminan bahawa sekiranya BN kembali membentuk kerajaan, institusi kehakiman dan institusi negara tidak akan dijadikan alat politik.

Perkembangan itu sekali gus memberi gambaran bahawa UMNO dan BN kini semakin bersedia menghadapi gelanggang PRU16.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *