ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

Malaysia

Dua Tokoh Korporat Adik-Beradik Direman SPRM, Pelaburan RM10 Juta Disiasat

KUALA LUMPUR: Dua tokoh korporat yang juga adik-beradik, masing-masing bergelar Datuk Seri dan Datuk Wira, direman selama lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urusan pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek bermula 1 Oktober hingga 5 Oktober 2026, selepas permohonan SPRM dibenarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 40-an dan 50-an ditahan sekitar jam 9 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Siasatan awal mendapati mereka disyaki bersubahat dalam perbuatan yang dipercayai berlaku pada penghujung 2020.

Sumber turut mendakwa kedua-dua suspek dipercayai bersubahat dengan seorang pegawai sebuah yayasan berasaskan pendidikan bagi meluluskan pelaburan kira-kira RM10 juta kepada sebuah syarikat pelaburan yang dikaitkan dengan salah seorang suspek.

Dalam tindakan berkaitan, SPRM turut menyita 15 kereta mewah, 12 motosikal berkuasa tinggi, lima jam tangan mewah, tiga gelang tangan serta wang tunai kira-kira RM30,000.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan kedua-dua suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, yang berkaitan penggunaan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

Setakat ini, kedua-dua individu terbabit masih berstatus suspek dan siasatan SPRM masih berjalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *