Home / Politik / Dr Akmal Terima Sumbangan RM45,102, Minta Orang Ramai Henti Masukkan Wang

Dr Akmal Terima Sumbangan RM45,102, Minta Orang Ramai Henti Masukkan Wang

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, meminta orang ramai berhenti memasukkan wang ke akaun banknya selepas menerima sumbangan berjumlah RM45,102.18 daripada orang ramai.

Beliau berkata, wang yang diterima itu kebanyakannya merupakan sumbangan ikhlas, bukannya bayaran untuk membida motosikal Honda X-ADV dan ikan tilapia yang ditawarkannya untuk dijual.

Akmal menjelaskan bahawa tujuan asalnya adalah untuk menjual aset sendiri bagi mengumpulkan wang bagi membayar ganti rugi serta kos mahkamah berjumlah RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Beliau turut menyatakan tidak mahu membebankan orang lain dan mahu memikul sendiri tanggungjawab berhubung keputusan mahkamah itu. Justeru, beliau menarik semula nombor akaun yang dikongsikan sebelum ini dan meminta orang ramai mendoakannya.

Tangkap layar hantaran akaun Facebook rasmi Akmal Saleh

Mahkamah Tinggi Melaka sebelum ini memerintahkan Akmal membayar ganti rugi RM250,000 serta kos mahkamah RM50,000 selepas membenarkan saman fitnah yang difailkan Teresa Kok.

Sumber : FB Akmal Saleh

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *