Home / Terkini / Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh Dipenjara Lapan Bulan Kerana Rasuah RM69,600

Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh Dipenjara Lapan Bulan Kerana Rasuah RM69,600

KUANTAN – Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh, Mohd Azhar Mohd Yusoff, 56, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan selepas didapati bersalah atas 46 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM69,600.

Hukuman itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan pada 21 Oktober 2026 selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Hakim Sazlina Safie memutuskan semua elemen kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berjaya dibuktikan bagi kesemua 46 pertuduhan.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara lapan bulan bagi setiap pertuduhan berjalan serentak. Bagaimanapun, pelaksanaan hukuman itu digantung sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Jumlah wang jaminan Mohd Azhar turut dinaikkan daripada RM25,000 kepada RM30,000 sementara proses rayuan berlangsung. Sebelum ini, pihak pembelaan memohon hukuman denda dengan mengambil kira tempoh perkhidmatannya melebihi 30 tahun dalam Polis Diraja Malaysia.

Sumber : KOSMO!

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *