Home / Malaysia / MAYAT LELAKI DITEMUKAN SEPARUH TERTANAM DI TEBING TERUSAN, DISYAKI DIBUNUH

MAYAT LELAKI DITEMUKAN SEPARUH TERTANAM DI TEBING TERUSAN, DISYAKI DIBUNUH

NIBONG TEBAL – Penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan separuh tertanam di tebing terusan pengairan di Kampung Baru, Ladang Byram, Nibong Tebal mencetuskan siasatan polis berhubung kemungkinan kes pembunuhan.

Mayat itu ditemukan orang awam kira-kira jam 11 malam Isnin sebelum dimaklumkan pihak polis. Pemeriksaan awal pasukan polis dan forensik mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian kepala mangsa serta tompokan darah berhampiran lokasi kejadian.

Pasukan bomba turut membantu mengeluarkan mayat yang tertanam dalam lumpur sebelum diserahkan kepada polis kira-kira jam 2.45 pagi Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terlibat serta motif kejadian.

Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *