Home / Malaysia / Peruntukan Naik Hampir Tiga Kali Ganda, Masih Tidak Mencukupi? – Tengku Zafrul

Peruntukan Naik Hampir Tiga Kali Ganda, Masih Tidak Mencukupi? – Tengku Zafrul

SHAH ALAM – Peningkatan peruntukan pembangunan jalan luar bandar kepada RM11 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2027 masih berdepan cabaran susulan komitmen kontrak dan tunggakan bayaran kepada kontraktor.

Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata jumlah itu meningkat hampir tiga kali ganda berbanding RM3.7 bilion yang diperuntukkan bagi tempoh 2018 hingga 2022.

Menurut beliau, Sabah dan Sarawak menerima peruntukan besar dengan perbelanjaan sebenar mencecah RM1.41 bilion pada tahun ini, tertinggi dalam tempoh sedekad.

Beliau menjelaskan, penangguhan kontrak baharu bukan bermaksud projek sedia ada dibatalkan, sebaliknya langkah mengawal peningkatan tunggakan bayaran kepada kontraktor.

Kerajaan turut meluluskan tambahan RM500 juta kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi membantu menyelesaikan tunggakan berkenaan, selain RM491 juta yang diluluskan lebih awal.

Tengku Zafrul menegaskan keutamaan kerajaan adalah memastikan projek dilaksanakan, kontraktor dibayar dan rakyat menerima manfaat daripada pembangunan infrastruktur.

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *