Home / Dunia / Jerebu Toksik Makin Membimbangkan, Indonesia Sediakan Bas Oksigen Bergerak

Jerebu Toksik Makin Membimbangkan, Indonesia Sediakan Bas Oksigen Bergerak

PALANGKA RAYA – Penduduk di Palangka Raya, Kalimantan Tengah, Indonesia kini boleh mendapatkan bantuan oksigen menerusi sebuah bas khas susulan jerebu toksik akibat kebakaran hutan dan tanah yang masih berterusan.

Bas yang dilengkapi tangki oksigen serta petugas perubatan itu disediakan pihak berkuasa tempatan bagi membantu penduduk yang mengalami masalah pernafasan akibat keadaan udara tidak sihat.

Menerusi perkhidmatan tersebut, penduduk boleh menerima bantuan oksigen melalui tiub kecil yang dipasang pada hidung selama lima hingga 10 minit bagi setiap sesi.

Menurut Kementerian Kesihatan Indonesia, kes penyakit pernafasan yang dikaitkan dengan kebakaran meningkat kepada kira-kira 350,000 kes dari Ogos hingga 25 Oktober, termasuk sekitar 31,000 kes di Kalimantan Tengah.

Seorang petugas dikenali sebagai Yuda berkata, kebanyakan penduduk yang mendapatkan bantuan di dalam bas itu mengalami batuk berpanjangan atau kesukaran bernafas

Sumber : Sinar Harian

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *