BANGI – Kemelut berkaitan institusi diraja Negeri Sembilan dianggap selesai menerusi kenyataan bersama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin pada 20 Oktober 2026.
Kenyataan itu menyatakan bahawa keputusan berkaitan kedudukan takhta negeri dibuat berdasarkan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta keputusan yang dinyatakan telah dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Dalam masa sama, kenyataan tersebut menjunjung titah Majlis Raja-Raja supaya semua pihak mengutamakan kebijaksanaan, kesabaran dan penghormatan terhadap adat serta institusi diraja dalam menangani pertikaian berkenaan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, bersama barisan EXCO turut diminta meneruskan pentadbiran negeri dan memberikan kerjasama dalam urusan kerajaan.
Orang ramai pula diseru supaya bertenang, menjaga tutur kata dan tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan. Semua pihak turut diingatkan agar tidak mempolitikkan isu berkenaan demi memelihara keharmonian serta kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.
Sumber : Berita Harian









