ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

Malaysia

MCMC-SPRM Perkukuh Kerjasama, AI Bakal Bantu Kesan Risiko Salah Guna Kuasa

CYBERJAYA – Dalam dunia yang semakin bergantung kepada teknologi, usaha membanteras rasuah juga perlu bergerak seiring dengan perubahan itu.

Atas sebab tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluas kerjasama menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang memberi tumpuan kepada penguatkuasaan, pencegahan rasuah dan pemerkasaan integriti.

Antara perkara yang diberi perhatian ialah perkongsian kepakaran dalam penyiasatan, teknologi digital, pengurusan maklumat serta pengurusan risiko.

Lebih menarik, kedua-dua agensi turut bersetuju memanfaatkan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) untuk membantu mengesan, mencegah dan mengurus risiko salah guna kuasa serta penyelewengan dengan lebih sistematik.

Kerjasama ini juga melibatkan usaha meningkatkan kesedaran, latihan, perkongsian ilmu serta pembangunan kemahiran kedua-dua agensi.

Menurut MCMC, usaha itu dijangka membantu kedua-dua pihak lebih bersedia menghadapi risiko rasuah dan salah laku yang semakin kompleks, selain memperkukuh akauntabiliti serta penyampaian perkhidmatan awam.

MoU itu dipertukarkan oleh Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman di ibu pejabat MCMC, Cyberjaya pada 2 Oktober.

Inisiatif berkenaan juga berpotensi diperluaskan kepada pihak industri dan pemegang taruh berkaitan, sekali gus memperluas usaha membina ekosistem digital yang lebih telus dan berintegriti.

Sumber : BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *