ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

MalaysiaTerkini

“Helikopter Anak Saya Terbakar” – Bapa Dr Ainul Kongsi Detik Terima Berita Duka

KOTA BHARU: “Ada berita buruk.” Itulah kata-kata yang masih terngiang-ngiang dalam fikiran Kamarudin Salleh, 69, ketika menerima panggilan telefon daripada besannya mengenai nahas helikopter yang mengorbankan anaknya, Dr Ainul Baroah Kamaruddin, di Sarawak.

Menurut Kamarudin, panggilan itu diterima kira-kira jam 5 petang Selasa, selepas solat Asar. Ketika itu, beliau dimaklumkan bahawa helikopter yang dinaiki anaknya terbakar.

Katanya, pada mulanya keluarga masih belum mendapat pengesahan mengenai keadaan Dr Ainul sebelum berita paling memilukan itu akhirnya disampaikan oleh menantunya.

Pertemuan terakhir Kamarudin dengan anaknya berlaku ketika Dr Ainul pulang bercuti sempena cuti sekolah baru-baru ini, sebelum kembali bertugas di Sarawak pada Ahad.

Kamarudin menyifatkan anaknya sebagai seorang yang pendiam, baik terhadap keluarga dan sentiasa membantu ahli keluarga.

Dr Ainul, yang berusia 32 tahun, bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Miri dan sudah hampir dua tahun berkhidmat di Sarawak. Tugasnya turut melibatkan pemantauan pesakit di kawasan pedalaman seperti Baram yang memerlukan perjalanan menggunakan helikopter.

Dalam pada itu, ibu Dr Ainul, Rogayah Mohd Noor, 69, menyifatkan anaknya sebagai seorang yang baik, patuh dan tidak pernah menyusahkan keluarga.

Nahas berkenaan berlaku berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak ketika helikopter BO-105 berkenaan sedang menjalankan operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS).

Kesemua lima individu yang berada dalam helikopter termasuk seorang juruterbang dan empat petugas kesihatan disahkan meninggal dunia dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *