ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Malaysia

Rombakan Besar PDRM, 25 Pegawai Kanan Bertukar Termasuk Ketua Polis Perlis

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran melibatkan 25 pegawai kanan, termasuk Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Muhammad Abdul Halim yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dengan kenaikan pangkat ke Komisioner Polis (CP).

Muhammad dijadual memulakan tugas baharunya pada 3 Ogos.

Turut dinaikkan pangkat ke jawatan CP ialah Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Taufik Toh Abdullah yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, Bukit Aman.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan/Tahanan/Pengawasan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Mohamad Farouk Eshak dilantik sebagai Timbalan Pengarah Forensik/Perancangan Strategik JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Dua lagi pegawai kanan berpangkat SAC yang dinaikkan ke pangkat DCP ialah Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Sabah, Datuk Mohd Azhar Hamin yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, serta Penolong Pengarah E4A Cawangan Khas Bukit Aman, Roslan Alias yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman.

Dalam pertukaran sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Lim San Aik dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sabah dengan mengekalkan pangkatnya.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Mohamad Noor Yusof Ali berkata, seramai 13 pegawai kanan berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) turut dinaikkan pangkat ke SAC dan bertukar jawatan.

Beliau berkata, pertukaran itu antaranya membabitkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sazalee Adam yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur; Ketua Polis Daerah Sentul, Basri Sagoni sebagai Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan/Tahanan/Pengawasan JSJ Bukit Aman; serta Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Zulkarnain Samsudin sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.

“Turut dinaikkan pangkat ke SAC ialah Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Kuala Lumpur, Kamaruzaman Md Alib yang dilantik sebagai Penolong Pengarah E1A Cawangan Khas Bukit Aman.

“Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Haslah Bachok pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, manakala Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Kumarasan Muniandy dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Noor berkata, tujuh pegawai kanan berpangkat Superintendan turut diumumkan bertukar jawatan dan dinaikkan pangkat ke ACP.

Menurut beliau, semua pertukaran dan kenaikan pangkat itu berkuat kuasa 1 September depan, kecuali pelantikan Muhammad Abdul Halim yang bermula pada 3 Ogos.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *