ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

MalaysiaPolitik

Bella Astillah hadir beri sokongan kepada Syed Saddiq, mohon orang ramai doakan


PUTRAJAYA: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah hadir di Mahkamah Persekutuan, pagi ini bagi memberikan sokongan kepada tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menantikan keputusan rayuan terakhir terhadap sabitan dan hukuman dalam kes penyelewengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Bella tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 7.55 pagi dengan mengenakan baju kurung berwarna kuning, ditemani beberapa ahli keluarga dan rakan terdekat.

Kehadirannya menarik perhatian pengamal media yang sudah berkumpul sejak awal pagi bagi membuat liputan prosiding berprofil tinggi itu.

Ketika dihampiri wartawan sebelum memasuki bangunan mahkamah, Bella yang kelihatan tenang hanya mengucapkan, “Doakan,” sebagai respons ringkas terhadap harapannya menjelang keputusan rayuan berkenaan.

Bella ketika tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya, kira-kira jam 7.55 pagi tadi. Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Prosiding hari ini menjadi tumpuan ramai apabila panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dijadualkan menyampaikan keputusan terhadap rayuan akhir yang dikemukakan Syed Saddiq bagi mengetepikan sabitan serta hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Syed Saddiq atas empat pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana ARMADA.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan menjadi penentu muktamad sama ada sabitan dan hukuman terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan itu dikekalkan atau sebaliknya.

Suasana di pekarangan mahkamah sejak awal pagi turut menyaksikan kehadiran penyokong, ahli keluarga serta wakil media yang mengikuti perkembangan kes berkenaan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *