NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

MalaysiaPolitik

Gelaran Tan Sri Mohd Isa ditarik balik berkuatkuasa 8 Jun

PUTRAJAYA, 11 Jun – Gelaran Tan Sri yang disandang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Haji Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad, secara rasmi ditarik balik selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan penarikan semula Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran tersebut.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini yang menyatakan penarikan balik berkenaan berkuat kuasa pada 8 Jun 2026.

Menurut JPM, keputusan itu dibuat susulan Mohd Isa telah disabitkan dengan kesalahan dan kini sedang menjalani hukuman pemenjaraan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Jelas kenyataan itu, tindakan berkenaan selaras dengan Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia di bawah perenggan XXV dan XXVIA yang memperuntukkan bahawa sesuatu darjah kebesaran boleh ditarik balik sekiranya penerimanya disabitkan dengan kesalahan.

Penarikan semula darjah kebesaran tersebut juga dibuat menerusi titah Yang di-Pertuan Agong berhubung penganugerahan dan penarikan balik darjah kebesaran Persekutuan yang dikurniakan sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pada 7 September 2024.

Kenyataan itu dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya bagi memaklumkan keputusan rasmi berhubung status darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Mohd Isa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *