NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

Malaysia

PM Luang Masa Tinjau Operasi HKL, Santuni Pesakit Serta Orang Ramai

KUALA LUMPUR – Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau operasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selain menyantuni pesakit serta orang ramai yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Anwar Ibrahim, Perdana Menteri berkata beliau turut mengambil kesempatan bertanya khabar pesakit dan mendoakan kesembuhan buat mereka.

“Saya mengambil kesempatan meninjau operasi di HKL hari ini sambil menyapa dan bertanya khabar orang ramai yang sedang menerima rawatan.

“Doa saya agar mereka dikurniakan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan serta terus diberikan kekuatan,” katanya.

Dalam hantaran sama, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga kesihatan HKL atas dedikasi dan pengorbanan mereka dalam memberikan rawatan terbaik kepada rakyat.

“Terima kasih kepada semua petugas kesihatan HKL yang terus berkhidmat dengan penuh kesabaran, belas ihsan dan pengorbanan besar demi menjaga nyawa serta kebajikan rakyat setiap hari,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *