NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

Dunia

Beberapa Kapal GSF 2.0 Dipintas Tentera Israel, 7 Rakyat Malaysia Ditahan

BEBERAPA kapal yang menyertai misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 menuju ke Gaza dilaporkan dipintas oleh tentera Israel di perairan Laut Mediterranean, malam tadi.

Menerusi siaran langsung yang dikongsikan oleh Sumud Nusantara Official, tujuh rakyat Malaysia dipercayai ditahan selepas empat kapal konvoi berkenaan dihentikan ketika dalam perjalanan membawa bantuan ke Gaza.

Antara kapal yang dilaporkan dipintas ialah Cactus dan Furleto.

Dua rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Cactus dikenal pasti sebagai Mohammad Shazly dan Ahmad Taufik.

Sementara itu, tiga lagi rakyat Malaysia yang menaiki kapal Furleto ialah Patmanathan Sivasamy, Muhammad Amirul Afif dan Dr. Syakirin.

Dalam perkembangan sama, Zainal Rashid Ahmad yang berada di atas kapal Amanda serta Muhamad Muhsin yang menaiki kapal Isobella turut dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut selepas kedua-dua kapal berkenaan dipintas tentera Israel.

Setakat ini, pihak media masih menantikan kenyataan rasmi daripada Sumud Nusantara Command Center (SNCC) berhubung status terkini kesemua sukarelawan dan kapal yang terlibat dalam misi berkenaan.

Sumber: Facebook Sumud Nusantara Official

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *