ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Politik

PRN Johor: BN Kuasai Dua Pertiga Kerusi, Boleh Bentuk Kerajaan – SPR

ISKANDAR PUTERI – Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh majoriti mudah sekali gus kembali membentuk kerajaan negeri selepas mencatat kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, malam ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, setakat jam 10.32 malam, BN telah memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus melepasi jumlah minimum diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.

“Keputusan rasmi selebihnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama SPR di Bangunan Sultan Ismail, di sini.

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) setakat ini berjaya memenangi dua kerusi DUN, masing-masing di Bentayan dan Mengkibol.

Lima parti lain yang turut bertanding pada PRN Johor kali ini masih belum berjaya memenangi sebarang kerusi. Parti berkenaan ialah Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Enam calon Bebas yang bertanding turut gagal memperoleh kemenangan setakat keputusan yang diumumkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *