ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Politik

Bekas ADUN Dabong, Datuk Ramzi Ab Rahman Meninggal Dunia

KOTA BHARU – Bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman meninggal dunia akibat komplikasi penyakit buah pinggang di kediamannya di Wakaf Bharu, Tumpat pada 2.40 pagi tadi.

Pemergian Allahyarham disahkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub menerusi hantaran di media sosial.

Ahmad Jazlan berkata Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara, khususnya dalam memperjuangkan kebajikan masyarakat luar bandar serta memperkukuh perjuangan UMNO di Kuala Krai.

“Segala khidmat bakti, komitmen dan pengorbanan beliau akan terus dikenang.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan yang dilakukan serta menempatkan rohnya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Allahyarham yang berusia 68 tahun pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong serta Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Jenazah Allahyarham dijadual disolatkan pada 11 pagi di Masjid Ar-Rahman, Kubang Batang, Tumpat sebelum dikebumikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *