ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Dunia

Apple Naikkan Harga Produk Di Malaysia Susulan Kos Cip Memori, Storan Meningkat

NEW YORK – Apple menaikkan harga beberapa produk pilihannya di Malaysia berkuat kuasa hari ini susulan peningkatan kos cip memori dan storan di peringkat global.

Menurut laporan Amanz, pelarasan harga itu melibatkan beberapa kategori produk utama termasuk komputer Mac, tablet iPad serta peranti rumah pintar seperti HomePod dan Apple TV.

Kenaikan tersebut dibuat selepas Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook sebelum ini memberi bayangan bahawa syarikat mungkin terpaksa menyemak semula harga jualan berikutan peningkatan kos komponen.

Beliau berkata Apple telah berusaha menyerap kenaikan kos tersebut sejak beberapa ketika, namun keadaan semasa menyebabkan langkah itu tidak lagi dapat diteruskan.

“Kami telah cuba melindungi pelanggan daripada kenaikan ini, namun keadaan kini tidak lagi mampan,” katanya dalam satu temu bual bersama media antarabangsa.

Apple menjelaskan, lonjakan permintaan terhadap cip memori dan storan yang didorong oleh pembangunan pesat pusat data kecerdasan buatan (AI) telah menyebabkan bekalan komponen menjadi lebih terhad, sekali gus meningkatkan kos pengeluaran.

Di Malaysia, model MacBook Neo yang merupakan komputer riba mampu milik Apple kini dijual pada harga bermula RM2,999 berbanding RM2,499 sebelum ini.

Sementara itu, harga MacBook Air 13 inci turut disemak kepada RM5,499.

Bagi kategori tablet, harga asas iPad meningkat kepada RM2,049, manakala iPad Pro 11 inci kini ditawarkan pada harga bermula RM5,499.

Selain itu, HomePod dan Apple TV turut mengalami pelarasan harga, namun pada kadar yang lebih sederhana.

Bagaimanapun, Apple mengekalkan harga bagi beberapa produk utamanya termasuk iPhone, Apple Watch dan AirPods buat masa ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *