Home / Malaysia / “Belum Ada Orang Putih Komen Bahasa Inggeris Saya” – Sanusi Pertahan Kemampuan Berkomunikasi

“Belum Ada Orang Putih Komen Bahasa Inggeris Saya” – Sanusi Pertahan Kemampuan Berkomunikasi

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mempertahankan kemampuan berbahasa Inggerisnya susulan kritikan pengguna media sosial terhadap penyampaiannya ketika Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

Beliau berkata, keupayaan berkomunikasi dalam bahasa lain tidak seharusnya dinilai berdasarkan ketepatan tatabahasa semata-mata, sebaliknya keberkesanan mesej yang disampaikan dan sejauh mana ia difahami pendengar.

Sanusi turut mendakwa kritikan terhadap bahasa Inggerisnya kebanyakannya datang daripada pengguna media sosial tempatan, sedangkan beliau pernah berkomunikasi dengan duta Amerika Syarikat, Australia, Kanada dan India yang memahami serta menghargai penyampaiannya.

“Belum ada orang putih yang komen bahasa Inggeris saya, yang komen ini semua Melayu,” katanya.

Beliau turut berkongsi bahawa pernah mengunjungi 38 negara dan menggunakan bahasa Inggeris dalam pelbagai misi. Secara berseloroh, Sanusi menyifatkan gaya pertuturannya sebagai “Siklish”, iaitu bahasa Inggeris dengan pengaruh dialek Sik.

Menurutnya, perkara lebih penting dalam komunikasi ialah prestasi dan penyampaian mesej, bukannya kesempurnaan tatabahasa.

Foto : MalaysiaKini

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *